Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

AMALAN PENJAGAAN KUKU KAKI

Imej
Pastikan kuku kaki anda sentiasa pendek dan bersih. Kuku kaki tidak seharusnya tumbuh melebihi had hujung jari kaki anda. Bagaimanapun, jangan potong kuku kaki anda terlalu pendek atau terlalu dalam. Ini boleh mengakibatkan tumbuhnya kuku ke arah dalam jari kaki anda yakni mencengkam isi di tepi kuku itu. Sekiranya ini terjadi, ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan-merahan, keras dan memungkinkan sebarang jangkitan. Potong kuku kaki anda lurus  Pastikan anda memotong kuku kaki lurus dan tidak melengkung mengikut bentuk jari kaki dengan pemotong kuku. Memotong kuku anda mengikut bentuk jari boleh menyebabkan kekotoran berkumpul di situ dan menyebabkan cekam ataupun mengakibatkan penumbuhan kuku baru yang mencengkam isi kaki anda. Rendam kaki anda di dalam air suam selama 10 minit untuk melembutkan kuku kaki dan ini adalah untuk memudahkan anda memotong kuku itu. Pilih Kasut Yang Sesuai Pemakaian kasut yang sesuai adalah penting kerana ia bukan sahaja

ERTI LELAKI DAYUS

Imej
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga. Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Dalam sebuah hadith lain pula : ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد و

SYARAT WAJIB BAYAR ZAKAT

Imej
Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat:  1. Islam Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat. 2. Merdeka Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat. 3. Milik Sempurna  Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya. 4. Cukup Nisab  Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700 (bergantung kepada harga semasa emas).  5. Cukup Haul Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan. 6. Niat Untu

WAKTU SUBUR WANITA

Imej
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA? Ada 2 sebab utama :- 1. Untuk memudahkan mendapat zuriat 2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat dan merancang keluarga. Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal. MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini. Hari 1-4 Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. S

PENYEBAB KEPUTIHAN WANITA

Imej
Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Antara penyebab keputihan wanita yang abnormal: Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia. jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal Jangkita bakteria vaginosis, tandanya i

MAKANAN KHUSUS BAGI LELAKI UNTUK KUAT & BERTENAGA

Imej
Inilah beberapa jenis makanan yang seharusnya terdapat dalam senarai menu harian bagi kaum lelaki. Jenis makanan yang tersenarai ini sudah dalam kajian para pakar pemakanan dan dipercayai dan terbukti memiliki khasiat yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki kerana makanan ini mampu meningkatkan potensi tenaga kelelakian : Pisang Pisang adalah makanan terbaik untuk seks. Pisang mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin B, mengubah karbohidrat menjadi energi, yang mampu membantu bertahan lebih lama di ranjang. Buah ini juga membantu tubuh untuk memproduksi hormon seks seperti testosteron. Sebelum aksi, lebih baik makan beberapa biji pisang. Makanan Pedas Jenis makanan pedas mampu bertindak untuk memanaskan suasana diranjang. Serbuk lada, cili merah, dan halia membantu menaikkan sirkulasi atau peredaran darah. Makanan Laut [Seafood] Ikan dan tiram mengandungi ubat kuat untuk seks . Ikan kaya akan Omega 3 dimana asid lemak berfungsi meng

DIET BOLEH MENGHILANGKAN JERAWAT

Imej
Salah satu cara untuk  menghilangkan jerawat   adalah mengawal cara pemakanan atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika dikatakan diet atau cara pemakanan adalah faktor terbesar samada seseorang itu menjadi  sihat atau kurang sihat. Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Justeru disini menerangkan bagaimana diet juga dapat membantu  merawat jerawat . Secara asasnya pemakanan yang anda peRlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat  jerawat . Empat pemakanan tersebut adalah:   1. Kurangkan pengambilan gula Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan. 2. Minyak

SEBAB RASULULLAH SUKA KUCING

Imej
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhada

PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUT

Imej
Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut. RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu? Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada. Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.

TIPS SIHAT DAN CANTIK WANITA 30-AN

Imej
1 KAWAL pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang.  Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. 2 Guna Pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita. 3 Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan. 4 Sentiasa bersenam. Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan se

6 MAKANAN BANTU PULIHKAN GIGI

Imej
Siapa yang tidak ingin memiliki gigi putih yang cantik? Tentunya dengan gigi yang putih berseri akan membuat kita lebih berkeyakinan dan yakin pada diri. Warna dasar gigi sebenarnya adalah putih, namun faktor zat-zat makanan yang kita makan dan bertambahnya usia membuat warna gigi kita berubah menjadi kuning. Namun ada juga makanan yang bermanfaat untuk memutihkan gigi. Berikut disenaraikan 6 makanan yang dapat membantu memutihkan gigi. 1. Strawberi Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati tetapi sebenarnya mampu memutihkan gigi secara asli, terutamanya semasa dimakan mentah. Selain kaya dengan vitamin C, ia juga mengandungi bahan antioksidan dan boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi. 2. Keju Keju mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Keju bukan sahaja bermanfaat untuk memutihkan gigi dan melindungi gigi dari berbau busuk, malah turut mengandung kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.